MENGAPA AKU DIUJI?
KENAPA AKU DIUJI ?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman,Sedangkan mereka tidak diuji ? & sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Maksud Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sdg kamu tdk mengetahui.
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 216 )
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 286 )
Sesungguhnya apabila ALLAH menyukai akan seseorang hambaNya itu, nescaya ditimpakan ke atasnya ujian.( Maksud Hadis )
RASA FRUST ?
Janganlah kamu bersikap lemah, & jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
( Maksud Surah Al-Imran ayat 139 )
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
Wahai orang-orang yang beriman,! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan ), & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, ( di medan perjuangan ), & bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kpd ALLAH supaya kamu berjaya ( mencapai kejayaan )
( Maksud Surah Al-Imran ayat 200 )
Dan mintalah pertolongan ( kepada ALLAH ) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; & sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 45 )
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?
Sesungguhnya Allah telah membela orang mukin diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka
( Maksud Surah At-Taubah ayat 111 )
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
Cukupkah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
( Maksud Surah At-Taubah ayat 129 )
AKU TAK DAPAT TAHAN !!!!!
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir
( Maksud Surah Yusuf ayat 12 )
Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yang mengetahui, kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati & naluri. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian Allah datang kerana kasihNya pada hambaNya, agar iman terus meningkat, dan jiwa lebih akrab denganNya. Moga lembayung rahmat & redhaNya sentiasa menaungimu ukhtiku. Tabahkan hati dalam menghadapi segala cubaan & dugaan Allah, kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya ~
BalasPadamthanks sara...:) ameen..ameen..Allahumma ameen..:) doakan k.ieha..:)
BalasPadamhuhu,,
BalasPadam:) kenapa??
BalasPadam