kAsiH sAyAng..

Isnin, 11 Jun 2012

kisah rokok dan epal

Kisah Rokok dan Epal..

Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah...

* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i...

Mari berubah jadi baik..
~lala.. biar pedas sampai kebas, mati itu pasti jadi hidup biar bererti
~Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.

Selasa, 29 Mei 2012

perjumpaan yang tak disengajakan.

Allahuakhbar..hr ni jumpa 2 org yg dah lama tak jumpa..walaupun lama xberjumpa, depa masih ingt diriku yg kerdil ini..depa pohon utk peluk aku..tak sangka indahnya ukhwah kerana Allah...kerana umur mereka dgnku bagai ibu dan anak..anak2 mereka sebaya dgnku..kerana Allah km bertemu dan berukhwah dan last jumpa 2010..dan kerana Allah juga km dpt bertemu kembali..



__________________________________________________________________________
kdg2 berkawan dgn org lebih tua lbh indah kerana menjadikan diri kita matang dan mereka akan memberi kita nasihat dan pedoman yg baik serta idea2 yg bernas..

p/s : berkawan la dgn sesiapa pun tak kira agama, keturunan, umur, pangkat, bangsa dan sbgnya kerana ada input yg kita boleh perolehi dr mereka2 ini...(^^,)

Isnin, 28 Mei 2012

PERBEZAAN < MALAYSIA - SYRIA >


mengalir air mata tgk berita2,gambar dan video rakyat2 di SYRIA..syahid beramai2..di tindas, dibunuh tanpa belas kemanusiaan..
tapi di negara sendiri, MALAYSIA dihiburkan,didedahkan dengan KEMAKSIATAN yang MELAMPAU...
kata seorang rakan saya.. "kita diuji dengan keamanan dan keselesaan mereka diuji dgn derita"

p/s : kalau kita masih enak tidur dan bangun tanpa memikirkan masalah yg berlaku di negara kita,maknanya kita seolah2 ada OTAK tp xdak AKAL...ni ka yg kita katakan negara yg aman?? kalau kita tak ubah, sama2 la tanggung dosa kat akhirat kelak..

takkan ISLAM kita hanya di IC tp tidak dr dalam diri!!!

YA ALLAH...AMPUNILAH SEMUA DOSA2 KAMI...JAUHILAH BALA DAN MALAPETAKA KEPADA KAMI SEMUA INSAN YG DAIF INI..KAU BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI SEMUA UNTUK DI SULUHKAN NUR DAN DIBERI HIDAYAH KEPADA KAMI SEMUA..SEMOGA MATI KAMI DALAM KEADAAN HUSNUL KHATIMAH...AMEEN...T_T

Selasa, 20 Mac 2012

-Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan-:

...YA  ALLAH, MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK...

-Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan-:


1(◕‿◕✿)Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.

2(◕‿◕✿)Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3(◕‿◕✿)Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4(◕‿◕✿)Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5(◕‿◕✿)Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6(◕‿◕✿)Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7(◕‿◕✿)Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8(◕‿◕✿)Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.

9(◕‿◕✿)Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10(◕‿◕✿)Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Isnin, 19 Mac 2012

MAHRAM & MUHRIM

MAHRAM & MUHRIM...
perkataan yg hampir sama tetapi mempunyai maksud yg berbeza...:)
MAI SAMA2 KITA UBAH KAIH..:)

<MUHRIM> adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

<MAHRAM> pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
MAHRAM WANITA

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

PENGHIJRAHAN SAUDARA KITA

Taubat adalah pintu masuk kepada kecintaan kepada Allah azza Wajalla.Sebagai mana yang kita tahu sifat-sifat golongan yang pertama ialah sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang banyak bertaubat dan suka kepada orang-orang yang sentiasa menyucikan dirinya". (Surah Al-Baqarah ;222)
----------------------------------------------------------------------------------
semakin diri yg jahil ini cuba utk berubah, makin banyak dugaan yg terpaksa ditempuh..
semakin diri yang lemah ini cuba utk bersabar, makin kuat ujian yang harus di harungi..
semakin diri yg kerdil ini cuba berpaut pada sinar keimanan, makin hebat tolakan ke arah kekufuran..
semakin diri yang tak sempurna ini perlukan dorongan dan sokongan, makin besar hinaan dan cacian yang diterima...<SOLEHAH ABDULLAH>
---------------------------------------------------------------------------------------
LAYAKKAH KITA MENCEMUH ORG YANG CUBA BERUBAH?

Siapa kita utk MENGHUKUMNYA??
siapa kita utk MENCERCANYA?
siapa kita utk MENGHINANYA?
siapa kita utk MEMFITNAHNYA?
siapa kita utk MENGKEJINYA?
siapa kita utk BERCAKAP2 TTG KEBURUKANNYA?
siapa kita utk MEMALUKANNYA DI KHALAYAK RAMAI?
-----------------------------------------------------------------------------------------

INGATLAH--->
"ان الله يهدي من يشاء و من يريده"..

-sesungguhnya Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan kepada sesiapa yang mahukannya-
-------------------------
Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA.

Maka dia bertanya

Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA

Maka ALLAH menjawab

Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI

<Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili>

-----------------------------------------------------------------------------------------

APA KATA KALAU DIA MELAKUKAN KESALAHAN--->

<Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana>

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

-----------------------------------------------------------------------------------------

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Imam Syafie pernah bkata : “Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.” Hakikatnya,berilah teguran itu dalam situasi yang berilmiah.


Jumaat, 9 Mac 2012

MENGAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman,Sedangkan mereka tidak diuji ? & sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Maksud Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sdg kamu tdk mengetahui.
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 286 )

Sesungguhnya apabila ALLAH menyukai akan seseorang hambaNya itu, nescaya ditimpakan ke atasnya ujian.( Maksud Hadis )

RASA FRUST ?

Janganlah kamu bersikap lemah, & jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
( Maksud Surah Al-Imran ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Wahai orang-orang yang beriman,! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan ), & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, ( di medan perjuangan ), & bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kpd ALLAH supaya kamu berjaya ( mencapai kejayaan )
( Maksud Surah Al-Imran ayat 200 )

Dan mintalah pertolongan ( kepada ALLAH ) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; & sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?

Sesungguhnya Allah telah membela orang mukin diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka
( Maksud Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

Cukupkah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
( Maksud Surah At-Taubah ayat 129 )

AKU TAK DAPAT TAHAN !!!!!

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir
( Maksud Surah Yusuf ayat 12 )

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC ^^

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS..

Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA

Isnin, 5 Mac 2012

PERNIKAHAN @ PERKAHWINAN

Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

KATA-KATA NASIHAT

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

SIAPA KATA??

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..
ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..
Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA

Selasa, 17 Januari 2012

Jatuh cinta itu fitrah

Dengarlah duhai hati yang lembut.....❤◕‿◕❤


CINTA itu memang Indah...
Tapi CINTA itu juga berhak mendapatkan tempat yang layak...
bukan untuk kau jejaki dengan kebiasaan & kemahuanmu sendiri...
Kerana Allah-lah yg telah memuliakannya bagi KITA…
Maka sentuhlah CINTA dengan rahsiamu, lirihkan ia dalam sujudmu…

Jatuh cinta itu fitrah..
Ingin bercinta itu pun fitrah..
Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul ia MULIA…
Jika ia dialir dengan aliran yang salah ia HINA…
Jangan tukarkan fitrah itu menjadi fitnah…

Cukuplah Allah Yang Mengetahui..
Percayalah yang baik adalah untuk yang baik..
Maka tingkatkanlah kualiti iman & peribadi masing-masing..
Dalam menanti CINTA KITA yang sesungguhnya ...

>>>Semoga ABADI terbawa dalam kekalnya Syurga Allah yang telah menanti para pejuang sejati...

Amin..
☻♥☻
/█\/█\
.||. ||.        



<COPY & PASTE>

Perancangan..:D

Kadangkala sesuatu yang di miliki
belum pasti milik abadi...

Kadangkala yang di impikan
hanya tinggal "mimpi"...

Merancang itu kehendak hidup
tapi...
Merasai dan memiliki
adalah nikmat dari-Nya...

Jadilah kita di kalangan terbaik
walaupun belum pasti
segala yang diimpi...
segala yang dimiliki...
Usah meratapi jika tak dimiliki
Pasrah dan redha pada Illahi...

kenangan xdapat dilupakan- 4/1/2012

2 la,lambat sgt nak update blog..dah lepas kemana hala baru nak update..xpa2..biar lambat asalkan selamat..hehehe

malam sebelum-04012012
ada seorang pekerja contct dan memberikan berita gembira yg selama ni aku tunggukan..Alhamdulillah..semoga sentiasa menjadikan diriku makin semangat dan gembira..:D

12.05a.m (04012012)
tertido awal mlm 2..bgn2 esok pg,dapat mesej ucapan2 hr lahir drpd kwn2..ada yg siap send lagu la..hepy sgt..lsbbnya sebulan sblm hr lahir,aku private tarikh lahir kt fb 2..:D

siang - 04012012
dilamar utk jd guru tuisyen kt s.m.k bahiyah..senyum ja..tp nak tolak sbb rasanya belum layak utk menjadi guru...

Alhamdulillah..hr 2 saja aku dpt pggilan yg suh aku mengajar depa..rezeki..Alhamdulillah..:)


my besday 4/1/2012

Assalammualaikum..lama betul x update blog ni..
 Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi pada 4 hb Januari 2012 telah genap umurku 22 tahun... dah besar + tua dah...>_____<

Terima ksh kpd mak yg mengandungkan cheq..melahirkan cheq..xpernah jemu memarahi kesilapan cheq,menegur diri ini dan bersedia menjadi pendengar yg setia..menjadi kawan utk diri ini..

Terima ksh jugak bt ayah yg byk susah pyh mencari wang utk membesarkan anak ayah yg nakal ni..walaupun kdg2 cheq mmpu berdiri di kaki sendiri,tp kadang2 cheq ttp tersungkur dgn dugaan hidup..tp mak dan ayah xpernah keluh utk menarik diri cheq ni dan bg semangat..terima ksh sgt..maaf di hulurkan atas semua salah silap cheq selama ni..

bt adik beradik,maaf atas suma kesalahan yg che ah lakukan selama 22 tahun ni..byk..byk dan byk salah dan silap diri ini..T_T

Alhamdulillah...Allah panjangkan umur utk terus beribadat kpdnya..

semoga hr lahir kali ini di berikan kesihatan yg sempurna utk beribadat kpdNya..diberi rezeki yg berlipat ganda..semoga dpt berjasa pd mak dan ayah..dapat jd lebih matang..dapat jodoh yg terbaik..ameen...hehehe..>______<

sebak bila peluk mak dan ucapkan terima ksh sbb melahirkan diriku..T_T

thanks pd yg ucapkan sempena besday ieha dan pd yg bg hadiah 2,thanks so much..
love u all..;)

jiwang sorang2..

Kalau kasihmu bagai sumur di tengah gurun,
biarkan airnya melimpah seribu tahun..
Jika rindumu ibarat gelombang di tengah lautan,
janganlah buihnya pecah sewaktu sampai di tepian...
Andai kesetiaanmu setinggi menara di puncak pergunungan,
usah relakannya rebah berguguran...


hehehe...:D