kAsiH sAyAng..

Jumaat, 9 Mac 2012

MENGAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman,Sedangkan mereka tidak diuji ? & sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Maksud Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sdg kamu tdk mengetahui.
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 286 )

Sesungguhnya apabila ALLAH menyukai akan seseorang hambaNya itu, nescaya ditimpakan ke atasnya ujian.( Maksud Hadis )

RASA FRUST ?

Janganlah kamu bersikap lemah, & jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
( Maksud Surah Al-Imran ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Wahai orang-orang yang beriman,! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan ), & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, ( di medan perjuangan ), & bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kpd ALLAH supaya kamu berjaya ( mencapai kejayaan )
( Maksud Surah Al-Imran ayat 200 )

Dan mintalah pertolongan ( kepada ALLAH ) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; & sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?

Sesungguhnya Allah telah membela orang mukin diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka
( Maksud Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

Cukupkah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
( Maksud Surah At-Taubah ayat 129 )

AKU TAK DAPAT TAHAN !!!!!

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir
( Maksud Surah Yusuf ayat 12 )

4 ulasan:

  1. Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yang mengetahui, kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati & naluri. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian Allah datang kerana kasihNya pada hambaNya, agar iman terus meningkat, dan jiwa lebih akrab denganNya. Moga lembayung rahmat & redhaNya sentiasa menaungimu ukhtiku. Tabahkan hati dalam menghadapi segala cubaan & dugaan Allah, kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya ~

    BalasPadam
  2. thanks sara...:) ameen..ameen..Allahumma ameen..:) doakan k.ieha..:)

    BalasPadam