kAsiH sAyAng..

Rabu, 29 Jun 2011

...jAnGaN teRLaLu MeNcAri kEsEmpUrNaaN...


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....


Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....


Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA 
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.


MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...


Selasa, 28 Jun 2011

Assalammualaikum W.B.T

 Pejam celik,pejam celik rasanya lama sangat dah ieha tak update blog ni..sekarang ieha bz dgn bisnes sikit..ala,bisnes kecil2 aja..nak tau lebih lanjut boleh tgk dekat fb ieha..dan mcm2 yang berlaku sejak dua menjak ni..doakan Allah permudahkan apa jua yang ieha ceburi ya..nanti ieha akan post ke blog ni bisnes2 ieha tu..insyaallah ieha akan teruskan mengarang dan update blog ni dlm masa yg terdekat..insyaallah...hrp yg dah baca apa dlm blog ieha boleh bg komen dan kritikan yang membina ye..tq..:)


ok,gd nite semua..take care yourself...
wassalam dr ieha...:)

Isnin, 11 April 2011

BIODATA RASULLULLAH S.A.W

 Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW – Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Sabtu, 26 Mac 2011

< LuMRaH kEhiDupAn >

mai kita sama-sama baca dan fikir ye..betoi tak semua ni??


kalau belum berpasangan..."eh,kau belum ada pakwe/makwe ka?tak caya la aku.bila nak ada pasangan ni?"

kalau sudah berpasangan...."ya ka,kau dah ada yang berkenan? sukanya,sukanya..bila pula nak bernikah ni? tak sabar nak makan nasi minyak."

bila sudah berkahwin... "alhamdulillah, akhirnya bertemu juga jodoh korang berdua,ya.syukur ilaallah..bila mau menambah seri keluarga ni?ala,cahaya mata bila mau dapat?".

bila sudah ada cahaya mata...."alolo...comey-comeynya anak korang...Masyaallah,rahmat daripada Allah..anak-anak pun sudah besar..bila mau dapat menantu ni?

bila anak sudah kahwin..."wah,bertambah besar keluarga kau sekarang..tak nak tambah seri dengan kehadiran cucu-cucu ke? pasti meriah bila ada cucu ni".


inilah lumrah kehidupan yang selalu di persoalkan oleh masyarakat sekarang...
hihihi...jadi,faham2 la sendiri..jodoh,pertemuan,ajal semua di tangan Allah S.W.T.. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...:)

Jumaat, 25 Mac 2011

15 sebab turunnya bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Khamis, 24 Mac 2011

~~ LuAhAn Hati si Anak kEciL~~

Bismillahirrahmanirrahim….


Segala Puji bagi Allah S.W.T yang memberikan kita bernafas di bumi pinjaman ini… Di sini ada sebuah kisah sebagai pengajaran buat kita semua.


Seingat saya, pada tahun lepas ada seorang kanak-kanak kecil yang sudah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Usianya baru lingkungan 8 tahun. Anak kecil itu bertanyakan kepada saya, “akak, akak masih ada mak dan ayah tak? ”.


Saya menjawab sambil memegang tangannya, “ ya,dik..Akak masih ada mak dan ayah”. “Kenapa adik tanya macam tu dekat akak?”. 


Adik tu tersenyum lebar sambil memandang diriku sambil berkata, kiranya akak bertuah la sebab ada mak dan ayah lagi. Tapi, adik dah tak punya sesiapa lagi di dunia ini. Dulu, mak dan ayah adik tempat adik meluahkan perasaan, tempat adik curahkan segala apa yang adik fikirkan. Dulu, adik selalu menangis dekat mak dan ayah adik bila adik ada masalah. Adik suka merajuk. Tapi, akak…
Sekarang, adik dah tak punya sesiapa lagi. Adik tak sempat nak buktikan adik dah boleh berdikari sendiri. Adik tak sempat nak buktikan dekat mak dan ayah adik yang adik boleh berjaya.


“Akak, kenapa Allah ambil nyawa mak dan ayah adik dulu?”. Kenapa Dia tak ambik nyawa adik sebagai ganti? Adik masih perlukan kasih sayang mereka. Adik teringin nak peluk depa. Adik rindu depa,akak. Kalau Allah berikan adik peluang untuk bersama depa lagi,adik tak nak nakal lagi, adik akan bantu depa, adik nak ambik peluang tu sebaik yang mungkin. Kenapa ya,akak? Orang yang besar macam akak masih ada mak dan ayah? Sedangkan akak dah besar. Akak dah boleh berdiri di kaki akak sendiri. “Kenapa Allah berikan adik jalan hidup yang macam ni?”.


“Adik,tak baik adik cakap macam tu. Bila adik cakap macam tu,adik seolah-olah tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Adik macam tak dapat terima qada’ dan qadar serta ujian dan dugaan yang Allah berikan dekat adik. Allah sayang adiklah yang Dia berikan adik peluang untuk terus bernafas di bumiNya ni. Akak tak berada kat tempat adik tau tak kenapa? Sebab, setiap dugaan yang Allah berikan kepada umatNya berlainan. Mengikut kemampuan masing-masing. Allah beri adik peluang ini sebab Allah nak adik balas jasa-jasa mak ayah adik dengan adik banyak berdoa untuk mak ayah adik.. Kan doa anak yang soleh dan solehah amat mustajab dan di terima oleh Allah. Allah berikan akak mak dan ayah sebab untuk beri akak peluang untuk berbakti kepada mereka. Mungkin Allah tak berikan akak dugaan yang macam adik tengah lalui ini tapi Allah berikan akak dugaan yang dalam bentuk lain. Dengan berbagai cara. Mengikut kemampuan masing-masing”. Aku menjawab sambil memeluknya erat.


Dia meneruskan kata-katanya lagi. “Tapi,akak..Adik tak mampu untuk hadapi semua ini. Adik perlukan mereka di sisi adik”.


Memang susah untuk kita hadapi semua ni. Tapi, adik kena yakin. Kadang-kadang kita minta panas, tetapi Allah berikan kita hujan. Sebab apa? Sebab Allah nak berikan kita pelangi yang indah selepas habisnya hujan. Macam tu jugak dengan liku-liku kehidupan. Allah tak berikan apa yang kita minta pasti ada hikmahnya. Bukan bermakna Allah tu zalim. Tidak!! Jangan sampai berpemikiran macam tu tau. 


“Terima kasih,akak. Akak dah buatkan adik berfikir positif terhadap Allah. Boleh tak akak jadi kakak adik?  Kalau apa yang Allah berikan ini untuk dosa-dosa adik yang dulu, adik redho. Adik akan berubah kearah yang lebih baik. Kami di sini tak punya sesiapa pun. Kadang-kadang kehadiran orang luar yang dapat menaikkan semangat kami semua. Terima kasih,akak. Akak jangan lupa adik, tau. Selalu la mai melawat adik dekat sini,ya”. Katanya sambil menarik tanganku seperti anak kecil yang meminta sesuatu.


“Adik adalah adik akak. Pasti akak akan datang selalu untuk melawat adik dan kawan-kawan yang lain. Adik kena sabar dan tabah. Banyakkan berdoa buat diri adik sendiri dan berdoa la supaya Allah tempatkan mak dan ayah adik bersama para solihin. Insyaallah. Amen”. Aku meyakinkannya sambil mencium ubun-ubun di kepalanya.


Dia berkata sebagai penutup bicara kami pada petang yang hening itu, “adik bersyukur dapat mengenali akak dan ada orang menjaga adik di sini”. Semoga Allah mendengar semua doa-doa adik”.
“Insyaallah,adik”. Amen. Ku berkata di dalam hati. Setelah itu,kami bersalaman dan berpisah di situ.


Pengajaran : 
Anak kecil yang cerdik dan pandai berfikir 
Dia seorang yang tabah
Berbaktilah kepada ibu bapa sementara mereka
Janganlah kita lupa pada anak-anak kecil yang sudah tiada ibu dan ayah sebagai tempat bergantung.


Ya Allah,semoga ibu bapa mereka bersama para solihin. Amen. 


Wallahua’lam…




...cINtA, kAsiH, sAyAnG dAN hAti...

sEsuNggUhNya cInta sELepAs niKah aDaLah tErBaik

CINTA : 
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : 
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin) 
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

..sAyAngi iNsaN yAng sAh miLik aNdA..

:: rEsuLt SpM ::

Bismillahirrahmanirrahim…

Di sebalik keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(SPM) bagi 2010 yang diumumkan pada semalam, 23 Mac 2011 pada hari Rabu, ramai pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan tidak terkecuali ada yang keputusan yang di perolehi kurang memuaskan daripada yang di target sebelum ini..
Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, boleh cuba lagi di lain masa… Gunalah pepatah ini sebagai penguat semangat… “Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya”. 

Mungkin anda sudah usaha sebaik mungkin tapi mungkin juga kali ini bukan rezeki anda. Kata-kata daripada Peter Drucker “Jika telah dirancang dengan teliti dan diatur dengan rapi, dan dilaksanakan dengan efektif, namun tetap gagal, maka kegagalan itu menandakan perubahan, dan dengannya terbuka peluang”.
Apa-apa pun, perjalanan kehidupan bukan berakhir di sini bagi kita sebagai pelajar.. Tetapi kita baru saja melangkahkan kaki sebagai bakal pewaris pemimpin pada masa akan datang. Jangan jadikan peperiksaan SPM sebagai penamat system pembelajaran dalam diri kita dan cubalah berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Jangan jadikan kemiskinan, kegagalan, masalah peribadi, masalah keluarga, faktor persekitaran, dan rakan-rakan sebagai penghalang untuk kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semua masalah itu dapat di selesaikan jika kita pandai mencari jalan keluar bagi membolehkan kita setanding orang lain yang berjaya. Inilah salah satu cara untuk kita mengubah nasib diri kita dan keluarga. Supaya kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sedang mencipta kejayaan dan yang sudah berjaya di dalam bidang masing-masing.

Saya tertarik pada seorang pelajar berbangsa Cina yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang dia duduki terutamanya dalam TASAWUF ISLAM..


Subhanallah.. Pelajar bukan beragama Islam boleh menguasai matapelajaran bagi pelajar-pelajar Islam. Tak mustahil dengan cara ini akan membuatkan ramai orang bukan Islam tertarik dengan agama Islam yang indah ini dengan cara mereka memulakan dengan belajar sedikit demi sedikit tentang Islam. Bagaimanakah dengan pelajar Islam? Fikir-fikirkan dan renungkanlah semakin lama, semakin ramai pelajar bukan Islam berjaya di dalam matapelajaran bagi pelajar Muslim. Sebelum ini pelajar Cina yang tersenarai dalam penerima anugerah Maulidur Rasul kerana dia mendapat A di dalam matapelajaran Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Hal ini, mungkin bagi mereka kerana Ilmu adalah penting, ia penyuluh hidup kita, panduan untuk hidup kita di dunia ini dan ilmu dapat memberi tahu pada kita mana yang haq dan mana yang batil supaya kita dapat berjalan lurus dan tak tersasar ke kanan atau ke kiri. Tak kira apa jua bidang, yang di namakan ilmu itu patut di tuntut oleh semua orang tidak kira bangsa atau agama.

Pesanan daripada saya bagi menutup kalam saya ini, buat adik-adik yang akan melangkahkan kaki ke menara gading, di sini saya ingin menasihati, setelah melangkahkan kaki ke pusat pengajian tinggi, janganlah lupa diri,asal-usul. Amalkan ilmu yang telah ibu bapa dan guru-guru berikan sebaik yang mungkin terutamanya buat yang Muslim. Janganlah kita lupa diri kita. Jaga diri, jaga tingkah laku dan yang penting sekali, jaga Agama...

Niat dengan betul menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. 

Sekiranya semua itu diikuti, insyaallah, anda akan terus berjaya dunia dan akhirat..Jangan terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sihat yang boleh merosakkan diri anda..
Sayangi diri kita seperti mana ibu bapa kita menyayanyi kita selama bertahun-tahun ibu bapa kita menjaga kita. Semoga Allah melindungi kita semua,insyaallah..Wassalam...

Rabu, 23 Mac 2011

mAri bErmAkE uP DiRi kiTa

Assalammualaikum sahabat2 sekalian..

Anda syg diri anda tak??
saya sayang diri saya..
sy bersyukur Allah kurniakan sy tubuh badan yg sihat,yg masih boleh digunakan kearah kebaikan...akal yang mampu berfikir..

 Malam2 yang sepu2 bahasa ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara bermake-up..

Kalau sebut saja tentang make up,solek ia amat sebati dgn diri wanita... Alhamdulillah,Subhanallah..Allah kurniakan kita paras rupa yang cantik bagaikan puteri kayangan,
tubuh badan semulus sutera,
rambut terurai cantik dan menarik..
membuatkan semua kaum berlawanan tertarik dengan insan yang bernama wanita..
Baik,kan Allah??dia berikan kita semuanya yang indah-indah..

Bagi yang berpasangan,andai pakwe anda berikan anda sesuatu,apa yang anda balas dengan jasa baik dia?????

Contohnya,pakwe anda berikan anda teddy bear waktu hari lahir anda,sayangnya pakwe anda pada anda..
Apa yang anda balas??Mungkin sekecil2 hadiah yang anda berikan pada pakwe anda,anda ucapkan terima kasih,kan??sebab dia betul2 sayang anda..

Apa pula yang anda balas pada Allah S.W.T??
Dia sayangkan anda..Dia berikan anda cukup sifat,tubuh badan...Allah berikan anda rambut,kenapa anda berikan kaum berlawanan jenis anda melihat??
kaum bukan muhrim anda lihat??? 
"dia sepupu anda,dia pakwe anda,dia kawan baik anda,dia bapak sedara anda yang bukan seibu sebapa" 
sedarkah anda,mereka semua ni boleh berkahwin dengan anda...
mereka merupakan kaum adam yang bukan muhrim dengan anda..

kan cantik anda memakai tudung,
kan lawa kalau anda membaluti tubuh badan anda yang menarik itu dengan kain yang tidak nipis dan tidak menonjolkan tubuh badan anda..
Kan molek sekiranya anda memakai stokin di kaki anda...

kepada pakwe,i sanggup buat apa saja demi u..u byk berkorban demi i...i sanggup lakukan segala-galanya demi buktikan i sayang u...

Kenapa tak semua itu kita buktikan kepada Pencipta kita,Pencipta Alam Semesta...
Kepada Ya Rabb...

Kita buktikan dengan kita buang semua pakaian2 kita yang nipis dan ketat2 serta sendat2...
kita pakai pakaian yang tidak menampakkan tubuh badan kita yang lawa2 ni...

Kita buktikan dengan kita mula memakai stokin....
xla kotor kaki kita bila terpijak kotoran nanti..

Kita buktikan dengan kita memakai tudung..
tp ingat ye...bg melepasi paras dada ye...
nanti,xla rambut-rambut kita yang cantik mengurai ni rosak  terkena panas terik..
tak la kena bakteria2 perosak...janganlah kita buat cak cilok...hr ni pakai,esok x..

Semuanya bergantung pada niat..Niatlah atas Allah S.W.T...pasti anda akan mendapat nikmat di sebalik kewajiban yang di seru ini...Nikmat yang tak dapat di gambarkan dgn kata2.. Insyaallah...(^^,)

Wah, pasti lawa kan???
jgnlah kita berkata ingin menunggu KEIKHLASAN atau SAMPAI SERU atau SAMPAI HIDAYAH baru hndak mlakukannya krna ini bkn soal ikhlas ttp soal perintah WAJIB Tuhanmu iaitu ALLAH..

Sehelai rambut kita besar azabnya di akhirat nanti..
bayangkanlah sekiranya rambut kita yang banyak ini...yang tak dapat di kira...tak dapat di hitung..
bagaimanakah azab yang bakal kita tanggung sekiranya kita mendedahkan rambut kita??siang dan malam..hari demi hari...
Subhanallah..Nauzubillah...

Ya Allah,selamatlah kami semua daripada azabMu,Ya Allah...
Berikanlah kami hidayah untuk merubah diri kami yang hina ini.
Ya Rabb, bukakanlah pitu hati kami untuk kembali ke pangkal jalanMu.

Kau Yang Maha Mendengar, Kau Yang Maha Melihat,Kau Yang Maha Pemaaf. PadaMu hati bertaubat....

Kau Yang Maha Pengasih, Kau Yang Maha Penyayang,Kau Yang Maha Pelindung. PadaMu kami bergantung...

"JANGAN DILIHAT SIAPA YANG BERKATA..TAPI AMBIK APA YANG DI KATA"


 <sOLeHaH aBduLLaH>

Jumaat, 18 Mac 2011

~~tEntAng ciNtA daRi ALLAH~~

Cinta adalah bahagian yang tak terpisahkan dari kehidupan manusia. Cinta berada di dalam hati kita namun dapat memancar keluar dengan aneka rupa ekspresinya. Cinta dapat membangun akhlak serta mendidik langkah dan tingkah laku kita.
Sebagai seorang muslim, marilah kita lihat apa yang Allah sampaikan tentang cinta di dalam kitab-Nya, Al-Quran.

Cinta atas kesenangan dunia

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia , iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunkecintaan kepada apa-apa yang diingini ia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). [Ali Imran, 3:14]
… mereka (orang-orang kafir) mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat,… [An Nahl, 16:107]

Mengorbankan apa yang dicintai

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. [Ali Imran, 3:92]

Cinta orang yang beriman

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. [Al Baqarah, 2:165]
… tetapi Allah menjadikan kamu “cinta” kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, [Al Hujurat, 49:7]
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad saw.), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Ali Imran, 3:31]

Selasa, 15 Februari 2011

SAMBUTAN MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W

Sambutan Maulid Nabi merupakan amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam sejak berkurun lama di seluruh pelusuk dunia Islam. Perbicaraan mengenai keharusannya juga telah lama dibicarakan sehingga ramai ulama’ telah menulis secara lengkap dalam kitab-kitab mereka tentang keharusan dan galakan majlis ini diadakan. Namun sehebat itu pula pihak yang bertopengkan ulama’ mencemuh majlis seperti ini dengan alasan ia merupakan perkara bid’ah kerana tidak terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w.
Lantaran dari itu, terdapat dikalangan mereka yang mencemuh majlis ini dengan menggunakan kata-kata yang kesat dan biadab, seolah-olah mengadakan majlis maulid Nabi hanya mengundang maksiat dan dosa.
Berkemungkinan kerana inilah, seorang pemuka bid’ah pada zaman ini yang bertugas sebagai tenaga pengajar di Masjid Nabawi, iaitu Abu Bakar al-Jazairi mengatakan sembelihan yang dilakukan untuk menyediakan makanan orang ramai pada hari sambutan Maulid adalah lebih haram daripada daging khinzir.
Malah lebih dari itu, bekas Mufti Arab Saudi al-Marhum Abdul Aziz bin Baz hampir-hampir mengkafirkan orang-orang yang mengadakan majlis Maulid yang diadakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab mereka ‘ al Siyanah al-Insan’ H: 233. Tidak dinafikan, hampir semua umat Islam di seluruh dunia mengadakan sambutan majlis maulid Nabi. Ini bermakna Abdul Aziz bin Baz hampir mengkufurkan seluruh umat Islam melainkan pengikut-pengikut ajaran mereka sahaja.
Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan seorang anggota Majlis Ulama’ Besar Arab Saudi menyebut dalam kitabnya bahawa banyak khutbah-khutbahnya yang mengandungi amaran dari mengadakan majlis sambutan maulid Nabi s.a.w.
Beliau menulis di dalam kitabnya ‘al-Khutub al-‘Asriyyah’ yang dibaca dan sering diulang-ulang oleh sebahagian khatib, “Wahai hamba Allah! sesungguhnya perkara-perkara bid’ah hanyalah merupakan perkara baru di dalam agama yang menukarkan agama Islam kepada agama yang lain. Ia adalah suatu belenggu yang membuang masa, membazirkan harta, meletihkan badan, menjauhkan dari syurga dan mendekatkan kepada neraka, yang pastinya mengundang kemurkaan Allah tetapi orang-orang yang sesat tidak memahaminya, tidaklah amalan mereka tersebut bertambah tetapi sebenarnya mereka menjadi semakin jauh dari Allah dan tidaklah ijtihad mereka dan penat lelah mereka mendapat balasan dan pahala melainkan hanya mengundang kemurkaan Allah.
Golongan Wahabi, mengidupkan isu pengharaman majlis ini hanya dengan satu alasan yang lapuk dan rapuh yang sememangnya tidak boleh diterima pakai lagi. Malah telah berkali-kali alasan mereka tersebut dijawab dengan panjang lebar oleh sebilangan besar ulama’ Islam tetapi mereka masih tetap dengan pendapat dan kedegilan mereka. Ini
memberi kefahaman yang jelas kepada kita, bahawa mereka sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi mencari perpecahan dan mengajak umat Islam membenci syiar-syiar kebesaran Islam.
Sekalipun majlis Maulid Nabi tidak pernah diadakan pada zaman Nabi, tetapi amalan ini dianjurkan oleh Allah dan RasulNya secara umum. Sekali pun tidak ada nas yang nyata menyebut mengenainya tetapi secara tersirat Allah dan RasulNya menyuruh kita merayakan hari-hari peringatan buat kita seperti hari Maulid , Isra’ Mikraj, Nuzul Quran, Hari Asyura dan sebagainya.
Melihat dari sudut pengisian yang diadakan di dalam majlis ini, semua ulama’ bersepakat mengharuskan amalan-amalan yang diadakan. Misalnya, mengumpulkan umat Islam untuk mengingati sirah Rasulullah s.a.w., memuji baginda, mengucapkan salawat dan sebagainya.
Mengadakan majlis untuk memberikan peringatan dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah s.a.w. merupakan majlis ilmu yang menjadi salah satu dari method dakwah untuk melahirkan kecintaan umat Islam terhadap Allah dan RasulNya. Ini secara tidak langsung, menjana penghayatan umat Islam terhadap sunnah Rasulullah s.a.w.
Begitu juga dengan mengucapkan kata-kata pujian dan salawat ke atas Baginda, sememangnya telah menjadi hak Rasulullah s.a.w. Menyediakan makanan untuk orang ramai pula merupakan suatu sedekah yang disunatkan, malah digalakkan kepada umat Islam. Majlis seperti inilah yang sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, kerana memberi peluang keemasan kepada umat Islam untuk melakukan berbagai-bagai kebaikan yang tidak ada pada majlis-majlis yang lain.
Justeru, tidak ada sebab majlis seperti ini menimbulkan keraguan bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sihat sehingga dihukum sebagai bid’ah dan sesat.
Sekalipun, keharusan perkara ini telah lama meniti di bibir ulama’ dan tinta-tinta pena serta tidak putus-putus diperdengarkan kepada umat Islam saban waktu, saya kira masih ada manfaatnya saya menyelitkan perkara ini di dalam artikel ini, memandangkan minat umat Islam semakin merosot terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah ulama’ muktabar.
MENURUT PERSPEKTIF ULAMA’
Ramai di kalangan ulama’ yang menulis secara khusus mengenai keharusan maulid dalam kitab-kitab mereka.
Di antaranya Imam al-Hafiz al-Suyuti. Ketika beliau ditanya tentang hukum mengadakan majlis Maulid Nabi s.a.w. pada bulan Rabi’ul Awwal sama ada dicela atau tidak dan adakah diberikan pahala bagi orang yang menyambutnya, beliau menjawab,” Amalan pokok yang dilakukan di dalam majlis perkumpulan, bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, kemudian dibaca sirah-sirah nabi dan kisah-kisah yang berlaku ketika kelahirannya. Setelah itu, mereka makan bersama dan bersurai, tidak lebih dari itu. Amalan seperti ini bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) yang diberikan pahala bagi orang yang melakukannya kerana dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan Nabi s.a.w. dan melahirkan rasa gembira di atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia.
Beliau menceritakan bahawa corang yang pertama menyambut Maulid Nabi s.a.w. ialah seorang raja yang adil di negeri Irbil (berdekatan dengan Syam) bernama Malik Muzaffar Abu Said al-Kukbari.
Beliau membelanjakan sebanyak 300 ribu dinar setiap tahun untuk menyambut Maulid Nabi s.a.w. Beliau merupakan orang yang pertama mengadakan keraian ini secara besar-besaran pada tahun 604 Hijrah dengan dihadiri oleh rakyat jelata yang datang dari segenap tempat.
Manakala Imam Abu Shamah (guru Imam al-Nawawi) menyatakan,”Di antara perkara baik yang dilakukan pada setiap tahun di zaman kami ialah bersepakat pada hari maulid Nabi s.a.w memberikan sedekah, melakukan kebajikan, dan melahirkan kegembiraan dan kesenangan. Dari hal yang demikian, selain dari dapat melakukan kebaikan kepada fakir miskin di dalam majlis tersebut, ia juga diisi dengan rasa kasih terhadap Nabi s.a.w, membesarkannya dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaanNya yang telah mengutuskan seorang Rasul yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam”.
Dari pendapat ulama’ di atas, dapatlah difahami bahawa bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah sayyi’ah (buruk). Mengadakan majlis Maulid Nabi termasuk di dalam kategori bid’ah hasanah kerana majlis yang sangat baik ini diadakan untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi s.a.w. dari rasa kasih ini, seseorang akan lebih terangsang untuk mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. Justeru, ia merupakan suatu amalan yang mendatangkan kebaikan dan diberikan pahala apabila mengerjakannya.
Al Hafiz al-Sakhawi menyatakan bahawa amalan maulid ini mula dilakukan selepas kurun ketiga dan sentiasa diteruskan oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia dan bandar-bandar besar. Mereka bersedekah pada malamnya dengan pelbagai jenis sedekah dan membaca maulid. Maka dari keberkatan majlis ini, terpancar ke atas mereka pelbagai kemuliaan dan kelebihan.
Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebut di dalam kitabnya al-Hawi li al-Fatawa bahawa Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w melaukan ‘aqiqah untuk dirinya selepas dilantik menjadi Nabi. Sedangkan, telah datang hadith menyatakan bahawa datuknya Abdul Muttalib telah melakukan ‘aqiqah untuk Baginda s.a.w pada hari ketujuh keputeraan Rasulullah s.a.w.
Tidak ada di dalam syariat, aqiqah dilakukan dua kali bagi seseorang. Oleh yang demikian, berkemungkinan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk melahirkan tanda syukur kerana Allah telah menjadikannya sebagai rahmat bagi sekelian alam dan pembawa syariat.
Oleh itu, Imam al-Suyuti menyatakan bahawa adalah sunat juga bagi kita melahirkan tanda kesyukuran di atas kelahirannya dengan mengadakan perkumpulan, jamuan makanan dan sebagainya yang kesemuanya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk melahirkan tanda kegembiraan di atas kelahirannya.
Ini menunjukkan keraian yang diadakan adalah sebagai melahirkan tanda syukur kepada Allah di atas nikmatNya yang tidak ternilai. Tanda kesyukuran ini boleh dilahirkan dengan bermacam-macam cara yang sealiran dengan syariat seperti mengadakan berbagai-bagai ibadat secara berjemaah.
Manakala Imam Abul Qasim Junaid al-Baghdadi menyatakan bahawa sesiapa yang hadir di dalam majlis Maulid Nabi s.a.w dengan niat untuk membesarkannya, maka akan mendapat keamanan.
Oleh kerana itu, hukum mengadakan majlis sambutan Maulid Nabi s.a.w adalah harus dan disyariatkan di dalam agama. Malah ia menjadi sunat selagi sambutan tersebut tidak bercampur dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat Islam. Sekiranya berlaku sedemikian, maka hukumnya bertukar menjadi haram.
Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki, sependapat dengan pendapat di atas. Beliau telah menulis sebuah buku khas mengenai tajuk ini dengan lebih lanjut di dalam ‘Haula Ihtifal bi al-Maulid al-Nabawi al-Syarif’.
Ibnu Taimiyyah sendiri tidak pernah mengharamkan sambutan Maulid Nabi s.a.w. yang telah sekian lama berlaku di dalam masyarakat umat Islam. Malah beliau turut memberikan pendapatnya di dalam permasalahan ini bagi menunjukkan persetujuannya terhadap keharusan majlis Maulid Nabi s.a.w. yang diadakan oleh umat Islam. Antara lain, beliau menyatakan “Membesarkan maulid Nabi dan menjadikannya sebagai suatu musim perayaan kadangkala diadakan oleh sebahagian manusia. Mengingatkan maksudnya yang baikdan tujuannya untuk memuliakan Rasulullah s.a.w, adalah layak dalam hal ini mereka memperolehi ganjaran pahala yang besar”.
Al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari menyatakan bahawa sambutan maulid yang diadakan oleh para pemerintah, para masyaikh yang terdiri daripada ahli-ahli hadith, ahli feqah, ahli zuhud, ahli ibadah dan orang-orang awam menjadi ijma’ fe’li (persepakatan dari segi perbuatan) yang mengharuskan amalan ini. Malah ia mempunyai sandaran yang menjadi dasar rujukan di dalam pengeluaran hukum mengadakan maulid sebagaimana yang telah disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-’Asqalani dan lain-lainnya.
Justeru, bersama siapakah puak Wahabi mendokong fahamannya ini? Sedangkan mereka tidak sependapat dengan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, malah tidak juga sependapat dengan ketua mereka Ibnu Taimiyyah.
KELEBIHAN MENYAMBUT MAULID NABI S.A.W
Di dalam artikel ini disebut beberapa kisah kelebihan menyambut Maulid Nabi yang saya sedut dari kitab I’anah al-Tolibin. Sekali pun kisah yang dipaparkan ini tidak boleh dijadikan dalil yang qot’ei tetapi ia berperanan sebagai merangsang individu muslim meraikan Maulid Nabi dalam usaha menambah kecintaan umat Islam kepada baginda s.a.w.
Kisah-kisah tersebut bukanlah rekaan semata-mata yang direka untuk kepentingan peribadi, tetapi kisah ini diselitkan juga oleh ulama’ yang lain di dalam kitab mereka sebagai sumber pengajaran yang boleh dimanfaatkan bersama.
Di dalam kitab I’anah al-Tolibin disebut bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat seorang pemuda di Basrah yang tidak elok perangainya. Oleh kerana perangainya yang buruk, maka penduduk Basrah memandang keji kepadanya. Tetapi, apabila masuk bulan Rabi’ul Awwal, maka pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik serta mengadakan kenduri kerana menyambut maulid Nabi.
Pada setiap tahun, apabila tiba bulan Rabi’ul Awwal ia akan melakukan sedemikian sehinggalah ke akhir hayatnya. Setelah ia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata ” Pergilah wahai penduduk Basrah dan saksikanlah jenazah seorang wali dari kalangan wali Allah ini kerana ia merupakan seorang yang mulia di sisi-Ku,”. Maka penduduk Basrah pun pergi menziarahi jenazahnya dan mengkebumikannya.
Pada malamnya, mereka bermimpi melihat pemuda tersebut dipakaikan dengan pakaian sutera yang amat bernilai. Lalu beliau ditanya “Dengan apakah kamu mencapai kemuliaan ini?” Jawabnya ” Dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah saw.”
Diceritakan juga di dalam kitab I’anah bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, terdapat seorang pemuda yang tampan di Syam (Syria) yang asyik menunggang kudanya.
Pada suatu hari, ketika sedang menunggang kudanya, tiba-tiba kuda tersebut menjadi liar dan tidak dapat dikawal sehinggalah ia memasuki ke dalam kawasan larangan menunggang kuda dan sampai di pintu rumah khalifah. Lalu kuda tersebut melanggar putera khalifah sehingga menyebabkan putera khalifah tersebut meninggal dunia.
Setelah berita kematian putera khalifah sampai kepadanya, maka pemuda tersebut diperintahkan mengadap. Ketika tentera khalifah pergi menangkapnya, tiba-tiba terlintas dihati lelaki tersebut untuk bernazar “Sekiranya Allah melepaskan aku daripada perkara yang buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri yang besar untuk menyambut hari keputeraan Rasulullah saw”.
Ketika pemuda tersebut sedang mengadap khalifah, tiba-tiba kemurkaan khalifah reda dan hilang, malah baginda tersenyum memandang pemuda tersebut. Maka khalifah pun berkata “Adakah kamu mempunyai ilmu sihir?”, Jawabnya “Demi Allah, tidak wahai Amir al-Mukminin. Maka khalifah berkata “Beta telah mengampunkan kamu, tetapi katakanlah kepada beta apakah yang telah kamu katakan tadi. Maka katanya “Aku telah berkata sekiranya Allah melepaskan aku dari peristiwa buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri menyambut Maulid Nabi s.a.w “. Maka khalifah pun berkata “Aku telah mengampunkan kamu dan ini wang sebanyak seribu dinar untuk kamu mengadakan akan kenduri maulid tersebut, dan kamu telah aku halalkan dari darah anakku.
Maka pemuda tersebut pun keluar. Ia telah dibebaskan daripada hukumannya dan diberikan dengan seribu dinar dengan keberkatan Nabi s.a.w.
Kegembiraan ilmuwan Islam meraikan Maulid Nabi s.a.w. juga banyak dipaparkan. Di antaranya Hasan al-Basri pernah berkata,” Sekiranya aku mempunyai emas setinggi bukit Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk meraikan majlis membaca Maulidur Rasul s.a.w “.
Imam al-Junaid al-Baghdadi pernah berkata,” Sesiapa yang menghadiri majlis Maulidur Rasul s.a.w dan membesarkan kedudukan baginda, maka ia telah mencapai kejayaan iman “.
Ma’ruf al-Kurkhi berkata,” Sesiapa yang menyediakan makanan sempena Maulidur Rasul s.a.w, lalu mengundang orang ramai, menyalakan lampu-lampu, memakai pakaian yang baru, memakai wangi-wangian dan berhias-hias kerana membesarkan kelahiran Rasulullah s.a.w., maka akan dikumpulkannya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama kumpulan pertama golongan para Nabi ia berada di syurga ‘Illiyyin (tinggi)”.
Imam al-Yafi’e berkata.” Sesiapa yang mengumpulkan orang ramai kerana menyambut Maulid Nabi s.a.w., menyediakan makanan, memberikan tempat, melakukan kebaikan untuk mengadakan majlis membaca kisah Maulidur Rasul s.a.w, akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada’ dan solihin dan berada di dalam syurga Na’im”.
Sirri al-Siqti berkata,” Sesiapa yang pergi ke suatu tempat untuk membaca kisah Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasih kepada Rasulullah s.a.w.,”.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,” Sesiapa yang mengasihiku maka ia bersamaku di dalam syurga,”.
Telah berkata Sultan Ahli ‘Arifin Jalaluddin al-Suyuti di dalam kitabnya,” Tidak ada suatu rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan di dalamnya mengenai Maulid Nabi s.a.w. melainkan malaikat mengelilingi ahli tempat tersebut dan Allah menebarkan rahmatNya kepada mereka”.
Katanya lagi,” Tidak ada seorang muslim yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi s.a.w. melainkan Allah mengangkat kemarau, waba’, kebakaran, bala, hasad dengki dan dijauhkan pencuri dari ahli rumah tersebut. Maka apabila ia mati, Allah akan mempermudahkan baginya menjawab soalan Munkar dan Nakir,”.
Di dalam kitab al-Kawakib al-Durriyyah diriwayatkan bahawa di Basrah terdapat seorang lelaki yang mengadakan majlis Maulid Nabi pada setiap tahun. Berdekatan dengan rumahnya hidup sebuah keluarga Yahudi.
Pada suatu hari, isteri Yahudi tersebut bertanya kepada suaminya “Apakah halnya dengan jiran muslim kita itu, setiap tahun ia akan membelanjakan wang yang banyak sepertimana yang dibelanjakannya pada bulan ini?” Maka kata suaminya “Mereka percaya bahawa pada bulan ini nabi mereka dilahirkan”.
Sedang mereka tidur pada malamnya, isterinya bermimpi melihat seorang lelaki yang cukup hebat, penuh kebesaran, kehormatan dan cahaya. Ia berada di antara sahabat-sahabatnya yang mengelilinginya seolah-olah lelaki tersebut seperti bulan. Maka perempuan tersebut berkata kepada salah seorang dari sahabat-sahabat tersebut, “Siapakah orang yang mempunyai cahaya yang memancar-mancar ini?” Mereka menjawab,”Dia adalah seorang nabi berbangsa Arab yang dipilih oleh Allah”. Perempuan itu bertanya lagi,”Adakah ia akan bercakap denganku apabila aku bercakap dengannya?” Mereka berkata,”Dia bukanlah seorang yang sombong atau meninggikan diri”. Lalu perempuan itu berkata,”Wahai Muhammad s.a.w!” Maka Rasulullah s.a.w menjawab dengan mulut yang manis,”Labbaika (Ya, aku menyahut seruanmu)”. Maka perempuan itupun berkata,”Kamu menjawab panggilan orang sepertiku ini dengan ‘labbaika’ sedangkan aku bukannya berada di atas agama kamu”. Maka Rasulullah s.a.w pun berkata, “Tidaklah aku berkata kepadamu seperti sebentar tadi melainkan setelah aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah telah memberikan petunjukNya kepada kamu. Maka perempuan itu berkata,”Sesungguhnya kamu adalah nabi yang mulia dan kamu mempunyai akhlak yang mulia. Hulurkanlah tanganmu, maka aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa engkau Muhammad adalah pesuruh Allah”.
Kemudian perempuan tersebut bernazar, apabila siang menjelang, ia akan mensedekahkan segala harta yang dimilikinya kerana merasa gembira di atas keislamannya dan akan dibelanjakannya untuk meraikan Maulid Nabi s.a.w.
Apabila bangun dari tidur, ia mendapati suaminya telah bersedia untuk mengadakan kenduri dan pada pagi itu suaminya kelihatan begitu berhemah tinggi. Maka ia pun berkata kepada suaminya,”Aku melihat kamu berada di dalam keazaman yang cukup baik”. Maka suaminya berkata,”Ini adalah kerana orang yang kamu masuk Islam ditangannya semalam”. Kata isterinya, “Siapakah yang telah membukakan bagimu akan rahsia ini dan memberitahumu?” Jawabnya “Orang yang telah mengislamkan aku dengan tangannya selepas mengislamkan kamu semalam”.