kAsiH sAyAng..

Khamis, 24 Mac 2011

:: rEsuLt SpM ::

Bismillahirrahmanirrahim…

Di sebalik keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(SPM) bagi 2010 yang diumumkan pada semalam, 23 Mac 2011 pada hari Rabu, ramai pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan tidak terkecuali ada yang keputusan yang di perolehi kurang memuaskan daripada yang di target sebelum ini..
Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, boleh cuba lagi di lain masa… Gunalah pepatah ini sebagai penguat semangat… “Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya”. 

Mungkin anda sudah usaha sebaik mungkin tapi mungkin juga kali ini bukan rezeki anda. Kata-kata daripada Peter Drucker “Jika telah dirancang dengan teliti dan diatur dengan rapi, dan dilaksanakan dengan efektif, namun tetap gagal, maka kegagalan itu menandakan perubahan, dan dengannya terbuka peluang”.
Apa-apa pun, perjalanan kehidupan bukan berakhir di sini bagi kita sebagai pelajar.. Tetapi kita baru saja melangkahkan kaki sebagai bakal pewaris pemimpin pada masa akan datang. Jangan jadikan peperiksaan SPM sebagai penamat system pembelajaran dalam diri kita dan cubalah berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Jangan jadikan kemiskinan, kegagalan, masalah peribadi, masalah keluarga, faktor persekitaran, dan rakan-rakan sebagai penghalang untuk kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semua masalah itu dapat di selesaikan jika kita pandai mencari jalan keluar bagi membolehkan kita setanding orang lain yang berjaya. Inilah salah satu cara untuk kita mengubah nasib diri kita dan keluarga. Supaya kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sedang mencipta kejayaan dan yang sudah berjaya di dalam bidang masing-masing.

Saya tertarik pada seorang pelajar berbangsa Cina yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang dia duduki terutamanya dalam TASAWUF ISLAM..


Subhanallah.. Pelajar bukan beragama Islam boleh menguasai matapelajaran bagi pelajar-pelajar Islam. Tak mustahil dengan cara ini akan membuatkan ramai orang bukan Islam tertarik dengan agama Islam yang indah ini dengan cara mereka memulakan dengan belajar sedikit demi sedikit tentang Islam. Bagaimanakah dengan pelajar Islam? Fikir-fikirkan dan renungkanlah semakin lama, semakin ramai pelajar bukan Islam berjaya di dalam matapelajaran bagi pelajar Muslim. Sebelum ini pelajar Cina yang tersenarai dalam penerima anugerah Maulidur Rasul kerana dia mendapat A di dalam matapelajaran Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Hal ini, mungkin bagi mereka kerana Ilmu adalah penting, ia penyuluh hidup kita, panduan untuk hidup kita di dunia ini dan ilmu dapat memberi tahu pada kita mana yang haq dan mana yang batil supaya kita dapat berjalan lurus dan tak tersasar ke kanan atau ke kiri. Tak kira apa jua bidang, yang di namakan ilmu itu patut di tuntut oleh semua orang tidak kira bangsa atau agama.

Pesanan daripada saya bagi menutup kalam saya ini, buat adik-adik yang akan melangkahkan kaki ke menara gading, di sini saya ingin menasihati, setelah melangkahkan kaki ke pusat pengajian tinggi, janganlah lupa diri,asal-usul. Amalkan ilmu yang telah ibu bapa dan guru-guru berikan sebaik yang mungkin terutamanya buat yang Muslim. Janganlah kita lupa diri kita. Jaga diri, jaga tingkah laku dan yang penting sekali, jaga Agama...

Niat dengan betul menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. 

Sekiranya semua itu diikuti, insyaallah, anda akan terus berjaya dunia dan akhirat..Jangan terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sihat yang boleh merosakkan diri anda..
Sayangi diri kita seperti mana ibu bapa kita menyayanyi kita selama bertahun-tahun ibu bapa kita menjaga kita. Semoga Allah melindungi kita semua,insyaallah..Wassalam...

2 ulasan: