kAsiH sAyAng..

Rabu, 29 Disember 2010

...FITRAH...


Sememangnya naluri itu fitrah dan amanah itu lumrah,
oleh itu belajarlah menjadi tabah.
Usah rasa gelisah,
tak perlu resah kerana jiwa remaja masih mentah 
dan perlukan cinta kekal Allah.
Jangan mudah melenting tika berhadapan dengan desakan perasaan.
Jangan mudah mengalah tika menghadapi tekanan
 yang hakikatnya telah menjadi ketentuan,
usah diikuti emosi,
usah dituruti kata hati.
 tetapi nilailah dengan akal, budi
dan kemantapan fitrah kurniaan Illahi....

Selasa, 28 Disember 2010

...MUNAJATKU...

Ya Rabbi,
Bantulah aku utk menunaikan janjiku pada-Mu.
Aku telah berjanji utk mengukuhkan  persaudaraan dan rasa cintaku terhadap saudara-saudaraku.
Aku berusaha dan bersungguh-sungguh mengikat segenap hatiku dengan hati-hati mereka dengn ikatan aqidah.
Aku yakin inilah satu-satunya ikatan yang kukuh.


Aku juga mengetahui,sekurang-kurangnya martabat persaudaraan adalah berbaik sangka dan setinggi-tinggi martabatnya ialah ithar (mengutamakan saudara lebih dari kepentingan diri sendiri)...
Ya Allah, tolonglah aku dalam menunaikan janjiku ini...

Ya Illahi,
Aku amat bimbang apabila bisikan-bisikan syaitan yg bersusah payah merosakkan persaudaraan kami.
Menitis air mataku ini tatkala merasakan persaudaraan kami hilang kasih sayang dan keikhlasan...

Saat aku menghulurkan hadiah utk mengubati luka-luka dalam persausaraan,lalu hadiah itu dilemparkan.
Menitis air mataku, nama-nama mereka terlafaz dalam munajatku.
Ya Rabbi,
Lembutkan hati-hati yg amat ku cintai.
Pilihlah jiwa-jiwa mereka utk merasai sentuhan tarbiyah-Mu...


Ya Allah,
Sesungguhnya aku memilih jalan dakwah ini dengan thiqah (kepercayaan).
Aku meyakini, inilah jalan Rasullullah S.A.W, pemimpin yang ku cintai.
Aku juga tahu jalan dakwah ini tidak ditaburi dengan bunga-bungaan,tetapi dipenuhi duri-duri, kesakitan dan kesusahan.
Ya Rabbi,
Kurniakan aku ketahanan jiwa,kesabaran dengan penuh keyakinan terhadap janji-janji-Mu sehinggalah Engkau mencabut rohku menemui-Mu dalam keredhaan-Mu.
Subhanallah!!!
Bahagianya Ya Rabbi.


Ya Illahi,
Setelah aku menyelidiki diriku,
terlalu banyak kekuranganku dalam usaha utk mengukuhkan persaudaraan.
Terlalu banyak kelemahanku dalam cita-citaku mengajak hati-hati mengenali-Mu.
Ya Rabbi,
Tarbiyahlah aku dengan sentuhan kasih sayang-Mu...
Amin,Ya Rabb....

Sabtu, 25 Disember 2010

SAJA-SAJA...

.
Aku bukanlah insan yg sempurna...byk salah dan silap diri aku ni...tp mcm org lain jgk,aku pn inginkan perubahan dlm diriku...tp kadang2 perubahan yg aku lakukan selalu disalah anggap oleh org sekeliling...
ada yg xpercaya aku berubah atas diriku sendiri,ada yg xsupport aku,ada yg mengata....susah nk puaskan hati semua pihak...memeang susah....kdg2 rasa kecewa sgt2 bila dihina,dipertikaikan....yg paling xboleh tahan bila kita bt baik kt org,nk jaga hati org,tp org balas dgn perkara2 yg menyakitkan hati kita...aduh,parah...sakitnya hati...tp nk bt mcm mna,kn...lumrah kehidupan la...aku lepaskan semuanya dgn menangis...nk berkongsi dgn org pn,dh rasa xpercayakan sapa2 lg sebab selalunya org ni penuh dgn pendustaan...selalu membocor rahsia orang...
aku xdk tempat nk mengadu...blog ni la tempat aku menulis segala luahan hati aku ni....sedih ya amat sgt... :'(

Jumaat, 24 Disember 2010

♥ ...TENTANG WAKTU...♥


Ambillah wkt utk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...
Ambillah wkt utk bermain, itu adalah rahsia dr masa muda yg abadi...
Ambillah wkt utk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...
Ambillah wkt utk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...
Ambillah wkt utk mencintai dan dicintai, hak istimewa yg diberikan Tuhan...
Ambillah wkt utk bersahabat, itu adalah jln menuju kebahagiaan...
Ambillah wkt utk tertawa, itu adalah muzik yg menggetarkan hati...
Ambillah wkt utk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti...
Ambillah wkt utk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...
Ambillah wkt utk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...(^^,)

Aura Nasihat Dan Teguran



alt
Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.



Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?
Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.
Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.
Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.
Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.
Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.
Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.
Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?
Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.
Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.
Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.
Pepatah Arab ada mengatakan ;
" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "
Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

12 MAKSIAT HATI






  1. Buruk sangka terhadap Allah SWT.
  2. Merasa aman daripada kemurkaan Allah SWT.
  3.  Putus asa dengan rahmat Allah SWT.
  4.  Bersifat takabbur sesama manusia.
  5. Riak atau melakukan kebajikan dengan tujuan bermegah-megah
  6. Ujub atau berbangga dengan amal ibadat yang dilakukan.
  7. Dengki dan dendam.
  8. Berazam mengekali ibadat atau berazam sentiasa hidup dalam keadaan maksiat.
  9. Sayang mengeluarkan harta untuk nafqah dan zakat.
  10. Buruk sangka sesama manusia..
  11. Menghina manusia lain tanpa kebenaran syarak.
  12. Memberi sumbangan dan terlibat dalam perkara maksiat.

Khamis, 23 Disember 2010

THINK





Think about your life,
The life will be ending,
When the time,
You will die....


Think about you sweet dream,
How you can realize it,
Make happen....


Think about your future,
What you want to be,
How it can be....


Think about decision,
What you want to do,
The choice is in your hand....

Rabu, 22 Disember 2010

NILAI PERSAHABATAN

     




      Apabila kita ingin berteman, jgnlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya,kau mungkin akan menjauhinya…


     Apabila kita ingin berteman, jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan 1 keburukannya,kau mungkin akan membencinya…


     Andai kau ingin sahabat yg satu, jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya…


     Andai kau ingin seorang kawan, jgnlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya…


     Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa…


      Jangan diharapkan semuanya sempurna, kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada yg biasa2 yg menjadi satu yg sempurna…bersahabatlah kerana Allah S.W.T

Selasa, 14 Disember 2010

JIKA IA SEBUAH CINTA....








Jika ia sebuah cinta...ia tidak mendengar...namun sentiasa bergetar...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta...namun sentiasa melihat dan merasa...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyeksa...namun sentiasa menguji...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak memaksa...namun sentiasa berusaha...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak cantik...namun sentiasa menarik...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak datang dengan kata2...namun sentiasa menghampiri dengan hati....

Jika ia sebuah cinta...ia tidak terucap dengan kata2...namun sentiasa hadir dengan sinar mata...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak hanya berjanji...namun sentiasa cuba memenangi...

Jika ia sebuah cinta...ia mungkin tidak suci...namun sentiasa harmoni...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana permintaan..namun hadir kerana ketentuan...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan..namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Isnin, 13 Disember 2010

HARAPAN SAHABAT




Sahabat,

Ku sambut dengan seribu penghargaan,

Agar kita menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib masa depan,


Hatimu perlu cekal dan tabah,

Sesabar ibu mendewasakanmu,

Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur hijau bumi tuhan,


Kita diajar cintakan kematian,

Bagai musuh kita cintakan kehidupan,

Maka dibawah langit biru ini,
Kita mengenal erti sebuah kehidupan,


Sahabat-sahabatku engkaulah harapan,

Untuk menjadi pemimpin masa hadapan,

Sebagai satu contoh akan kejayaan,


Masa depanmu mesti kau merdekakan.

Ahad, 12 Disember 2010

PUISI BUAT SAHABAT










SAHABAT.....
Pertemuan yg tidak terduga sewaktu dahulu...
Meninggalkan kenangan yg manis utk kita kenangi...
Huluran tanganmu kusambut penuh perasaan...
Hari-hari yg berlalu...
Membuatkan kita terleka dengan perhubungan ini...

Tetapi.....
Tanpa kita sedar...
Masa berlalu dengan cukup pantas...
Kita sama-sama dewasa...
Sama-sama punya cita-cita...
Keakraban yg dahulunya kebanggaan kita..
Kini pudar ditelan dek zaman...

Wahai teman yg palingku rindui...
Aku ingin sekali bertemu denganmu...
Menyambung kembali keakraban kita...
Mengikat kembali hubungan kita...

Wahai teman yg amatku kasihi.....
Demi Tuhan...Engkaulah satu-satunya...
Teman yg terbaik bagiku...
Meskipun waktu akan terhenti...
Tapi tidak bagi hubungan ini...

Teman.....
Hanya satu yg aku harapkan...
Agar kita dipertemukan kembali...
Agar hubungan silaturrahim yg kita cipta...
Tidak akan hilang...
Tidak akan pudar ditelan zaman...(^^,)