kAsiH sAyAng..

Isnin, 19 Mac 2012

PENGHIJRAHAN SAUDARA KITA

Taubat adalah pintu masuk kepada kecintaan kepada Allah azza Wajalla.Sebagai mana yang kita tahu sifat-sifat golongan yang pertama ialah sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang banyak bertaubat dan suka kepada orang-orang yang sentiasa menyucikan dirinya". (Surah Al-Baqarah ;222)
----------------------------------------------------------------------------------
semakin diri yg jahil ini cuba utk berubah, makin banyak dugaan yg terpaksa ditempuh..
semakin diri yang lemah ini cuba utk bersabar, makin kuat ujian yang harus di harungi..
semakin diri yg kerdil ini cuba berpaut pada sinar keimanan, makin hebat tolakan ke arah kekufuran..
semakin diri yang tak sempurna ini perlukan dorongan dan sokongan, makin besar hinaan dan cacian yang diterima...<SOLEHAH ABDULLAH>
---------------------------------------------------------------------------------------
LAYAKKAH KITA MENCEMUH ORG YANG CUBA BERUBAH?

Siapa kita utk MENGHUKUMNYA??
siapa kita utk MENCERCANYA?
siapa kita utk MENGHINANYA?
siapa kita utk MEMFITNAHNYA?
siapa kita utk MENGKEJINYA?
siapa kita utk BERCAKAP2 TTG KEBURUKANNYA?
siapa kita utk MEMALUKANNYA DI KHALAYAK RAMAI?
-----------------------------------------------------------------------------------------

INGATLAH--->
"ان الله يهدي من يشاء و من يريده"..

-sesungguhnya Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan kepada sesiapa yang mahukannya-
-------------------------
Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA.

Maka dia bertanya

Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA

Maka ALLAH menjawab

Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI

<Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili>

-----------------------------------------------------------------------------------------

APA KATA KALAU DIA MELAKUKAN KESALAHAN--->

<Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana>

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

-----------------------------------------------------------------------------------------

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Imam Syafie pernah bkata : “Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.” Hakikatnya,berilah teguran itu dalam situasi yang berilmiah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan