kAsiH sAyAng..

Ahad, 13 Februari 2011

tuDuNg kaU,tUdUnG aKu......cArA paKai BeRbEza...yg mAnA ALLAH suka..??



A christian guy asked a muslim: Why do your girls cover up their body and hair?
The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He thrown them both on the dusty floor and asked the christian: ...If I asked you to take one of the sweets which one u will choose?
The Christian ......replied:...... The covered one.
Then the muslim said that's how we treat and see our women.


1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut ...dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit -
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3. Tudung ‘See Through’ -
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.

Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul -
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5. Tudung ‘Singlet’ -
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang
penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji -
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung
mengikut keperluan situasi.

7. Tudung Labuh -
tudung yg menutupi dada & punggung..kebanyakkan dpt tgk di sekolah agama & IPTA Islam..tp yg x best 2..bila dh tamat sekolah menegah agama shj, terus tamat pemakaian tdung labuh t'sebut..kenapa ya..?? lg 1 yg x best nya..tdung dh labuh elok..tp still b'kapel...( x semuanya la prangai cmni) tp dh tau kapel HARAM kn,,,cmne eh?
TEPUK DADA TANYA IMAN.....=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan