kAsiH sAyAng..

Ahad, 6 Februari 2011

~3 JeNiS LeLaKi~

 "Ada tiga jenis lelaki: lelaki sempurna, lelaki bersifat separuh lelaki dan lelaki tidak bersifat lelaki.


LELAKI SEMPURNA ialah lelaki yang disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya. Apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia sentiasa meminta pandangan daripada orang2 yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.


LELAKI BERSIFAT SEPARUH LELAKI pula ialah lelaki yang tidak disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya, apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia tidak meminta pandangan daripada sesiapa pun. Sebaliknya dia berkata; 'Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian,' menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

  
Adapun LELAKI TIDAK BERSIFAT LELAKI pula ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikit pun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap.


Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa sahaja tentang sesuatu perkara walaupun daripada pembantuku."


- Amru al-As.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan