kAsiH sAyAng..

Selasa, 29 Mei 2012

perjumpaan yang tak disengajakan.

Allahuakhbar..hr ni jumpa 2 org yg dah lama tak jumpa..walaupun lama xberjumpa, depa masih ingt diriku yg kerdil ini..depa pohon utk peluk aku..tak sangka indahnya ukhwah kerana Allah...kerana umur mereka dgnku bagai ibu dan anak..anak2 mereka sebaya dgnku..kerana Allah km bertemu dan berukhwah dan last jumpa 2010..dan kerana Allah juga km dpt bertemu kembali..



__________________________________________________________________________
kdg2 berkawan dgn org lebih tua lbh indah kerana menjadikan diri kita matang dan mereka akan memberi kita nasihat dan pedoman yg baik serta idea2 yg bernas..

p/s : berkawan la dgn sesiapa pun tak kira agama, keturunan, umur, pangkat, bangsa dan sbgnya kerana ada input yg kita boleh perolehi dr mereka2 ini...(^^,)

Isnin, 28 Mei 2012

PERBEZAAN < MALAYSIA - SYRIA >


mengalir air mata tgk berita2,gambar dan video rakyat2 di SYRIA..syahid beramai2..di tindas, dibunuh tanpa belas kemanusiaan..
tapi di negara sendiri, MALAYSIA dihiburkan,didedahkan dengan KEMAKSIATAN yang MELAMPAU...
kata seorang rakan saya.. "kita diuji dengan keamanan dan keselesaan mereka diuji dgn derita"

p/s : kalau kita masih enak tidur dan bangun tanpa memikirkan masalah yg berlaku di negara kita,maknanya kita seolah2 ada OTAK tp xdak AKAL...ni ka yg kita katakan negara yg aman?? kalau kita tak ubah, sama2 la tanggung dosa kat akhirat kelak..

takkan ISLAM kita hanya di IC tp tidak dr dalam diri!!!

YA ALLAH...AMPUNILAH SEMUA DOSA2 KAMI...JAUHILAH BALA DAN MALAPETAKA KEPADA KAMI SEMUA INSAN YG DAIF INI..KAU BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI SEMUA UNTUK DI SULUHKAN NUR DAN DIBERI HIDAYAH KEPADA KAMI SEMUA..SEMOGA MATI KAMI DALAM KEADAAN HUSNUL KHATIMAH...AMEEN...T_T

Selasa, 20 Mac 2012

-Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan-:

...YA  ALLAH, MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK...

-Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan-:


1(◕‿◕✿)Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.

2(◕‿◕✿)Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3(◕‿◕✿)Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4(◕‿◕✿)Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5(◕‿◕✿)Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6(◕‿◕✿)Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7(◕‿◕✿)Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8(◕‿◕✿)Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.

9(◕‿◕✿)Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10(◕‿◕✿)Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.