kAsiH sAyAng..

Selasa, 20 Mac 2012

-Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan-:

...YA  ALLAH, MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK...

-Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan-:


1(◕‿◕✿)Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.

2(◕‿◕✿)Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3(◕‿◕✿)Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4(◕‿◕✿)Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5(◕‿◕✿)Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6(◕‿◕✿)Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7(◕‿◕✿)Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8(◕‿◕✿)Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.

9(◕‿◕✿)Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10(◕‿◕✿)Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Isnin, 19 Mac 2012

MAHRAM & MUHRIM

MAHRAM & MUHRIM...
perkataan yg hampir sama tetapi mempunyai maksud yg berbeza...:)
MAI SAMA2 KITA UBAH KAIH..:)

<MUHRIM> adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

<MAHRAM> pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
MAHRAM WANITA

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

PENGHIJRAHAN SAUDARA KITA

Taubat adalah pintu masuk kepada kecintaan kepada Allah azza Wajalla.Sebagai mana yang kita tahu sifat-sifat golongan yang pertama ialah sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang banyak bertaubat dan suka kepada orang-orang yang sentiasa menyucikan dirinya". (Surah Al-Baqarah ;222)
----------------------------------------------------------------------------------
semakin diri yg jahil ini cuba utk berubah, makin banyak dugaan yg terpaksa ditempuh..
semakin diri yang lemah ini cuba utk bersabar, makin kuat ujian yang harus di harungi..
semakin diri yg kerdil ini cuba berpaut pada sinar keimanan, makin hebat tolakan ke arah kekufuran..
semakin diri yang tak sempurna ini perlukan dorongan dan sokongan, makin besar hinaan dan cacian yang diterima...<SOLEHAH ABDULLAH>
---------------------------------------------------------------------------------------
LAYAKKAH KITA MENCEMUH ORG YANG CUBA BERUBAH?

Siapa kita utk MENGHUKUMNYA??
siapa kita utk MENCERCANYA?
siapa kita utk MENGHINANYA?
siapa kita utk MEMFITNAHNYA?
siapa kita utk MENGKEJINYA?
siapa kita utk BERCAKAP2 TTG KEBURUKANNYA?
siapa kita utk MEMALUKANNYA DI KHALAYAK RAMAI?
-----------------------------------------------------------------------------------------

INGATLAH--->
"ان الله يهدي من يشاء و من يريده"..

-sesungguhnya Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan kepada sesiapa yang mahukannya-
-------------------------
Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA.

Maka dia bertanya

Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA

Maka ALLAH menjawab

Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI

<Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili>

-----------------------------------------------------------------------------------------

APA KATA KALAU DIA MELAKUKAN KESALAHAN--->

<Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana>

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

-----------------------------------------------------------------------------------------

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Imam Syafie pernah bkata : “Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.” Hakikatnya,berilah teguran itu dalam situasi yang berilmiah.


Jumaat, 9 Mac 2012

MENGAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman,Sedangkan mereka tidak diuji ? & sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Maksud Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sdg kamu tdk mengetahui.
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 286 )

Sesungguhnya apabila ALLAH menyukai akan seseorang hambaNya itu, nescaya ditimpakan ke atasnya ujian.( Maksud Hadis )

RASA FRUST ?

Janganlah kamu bersikap lemah, & jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
( Maksud Surah Al-Imran ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Wahai orang-orang yang beriman,! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan ), & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, ( di medan perjuangan ), & bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kpd ALLAH supaya kamu berjaya ( mencapai kejayaan )
( Maksud Surah Al-Imran ayat 200 )

Dan mintalah pertolongan ( kepada ALLAH ) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; & sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?

Sesungguhnya Allah telah membela orang mukin diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka
( Maksud Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

Cukupkah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
( Maksud Surah At-Taubah ayat 129 )

AKU TAK DAPAT TAHAN !!!!!

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir
( Maksud Surah Yusuf ayat 12 )

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC ^^

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS..

Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA

Isnin, 5 Mac 2012

PERNIKAHAN @ PERKAHWINAN

Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

KATA-KATA NASIHAT

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

SIAPA KATA??

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..
ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..
Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA