kAsiH sAyAng..

Sabtu, 22 Januari 2011

sAyAng

Sayangkan Allah, ikutlah suruhanNya...
Sayangkan Nabi, amalkan sunnah daripadanya...
Sayangkan ibu bapa, hormatilah mereka...
Sayang guru, amalkan dengan ilmu yang diajarnya...
Sayangkan sahabat, sentiasa susah senang bersamanya...
Sayangkan suami/isteri sentiasalah menasihati dia...
Sayangkan kekasih, segeralah kahwininya...
Sayangkan saudara seislam, sentiasa menegur kesalahannya...
HATI AKAN BERTAMBAH SAYANG, JIWA AKAN BERASA TENANG, HIDUP AKAN TENTERAM...

~~~TENTANG IBU~~~

Hatiku berbicara,
Tentang kasihnya seorang ibu,
Kehadiranku di dunia ini,
Membuatkan hidupmu bertambah seri.

Oh ibu,
Kau sentiasa bersamaku.
Ketika aku memerlukanmu,
Segala kekusutan berakhir,
Bila kau di sampingku.

Nasihatmu amat berguna,
Di kala aku terleka,
Ia amat bermakna,
Menjadikan aku insan mulia.

Kau selalu memaafkan diriku,
Di saatku melukai hatimu,
Walaupun kesalahanku sangat berat,
Namun kasih ibu terhadapku tidak pudar.

Kasih sayang ibu tak dapat dijual beli,
Walau segunung emas dan permata,
Senyumanmu tidak boleh ditukar ganti,
Hanya engkau seorang ibuku di dunia ini.

oh my mum...love u so much...^_^




Isnin, 10 Januari 2011

KISAH SEBUAH KELUARGA

‎"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya 
terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"

Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju

Ahad, 9 Januari 2011

~~LUAHAN~~

Orang nampak saya ketawa, Padahal hati ini menangis.
Orang nampak saya happy, Padahal perasaan ini sedih.
Orang nampak saya tenang, Padahal masalah sedang terbeban di bahu.
Orang nampak saya salah, Padahal saya cuba menyatakan yang benar.
Orang nampak saya penipu, Padahal saya tidak berdusta.
Orang nampak saya jahat, Padahal mereka tidak mengenal hati budi saya.
Sungguh saya tidak faham mengapa harus ada khianat dalam sebuah prsahabatan. Kononnya persahabatan itu didalangi kasih-sayang, tetapi rupanya benci yang mendalam tersimpan dalam hati terhadap diri ini.
Jika matamu berat memandangku, Ringankanlah kakimu menjauhi aku.
Jika bibirmu selalu dipaksa senyum kepadaku, Ringankanlah bibirmu mengkhabarkan apa yang tidak kena.
Jika susah untuk kau melupakan kekhilafan aku, Maka ringankanlah wajahmu berpaling dariku.

Sabtu, 8 Januari 2011

PESANAN AYAH DAN IBU UNTUK ANAK

+ Anakku..

+ Bila kau sudah maju ke hadapan

+ Sesekali tolehlah ke belakang

+ Agar tidak kau lupa
+ Bagaimana susahnya menjadi
+ Seorang manusia berguna



+ Anakku..

+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit

+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu



+ Anakku..

+ Bila kau sudah mencapai segalanya

+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta



+ Anakku..

+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan

+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara



+ Anakku..

+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan

+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa



+ Anakku..

+ Hanya itu nasihat dari ku

+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Selasa, 4 Januari 2011

RENUNGAN BERSAMA

kalau esk org yg awk syg BISU,apa yg awk nk dia ucp?

kalau esk org yg awk syg PEKAK,apa yg awak nk dia DGR?


kalau esk org yg awk syg BUTA,apa yg awk nk dia LIHAT?


tpi andainya esk org yg awk syg PERGI utk slamanya..


igtlah xda lg pluang utk awk bsama2nya..


renungilah & hrgailah DIRINYA slagi dia ada disisi...